WALLPAPER ^_^

Wednesday, February 2, 2011

How far is Our LOVE for HIM???

Allah Memberikan kepada Ahli syurga Segala yang mereka Ingini...^-^
   Apa itu CINTA?? Menurut Imam Ghazali,cinta itu merupakan kecenderungan jiwa yang amat kuat dalam diri seseorang kepada sesuatu atau seseorang lain yang boleh memberi kelazatan,manfaat dan sangat serasi dengan fitrahnya...^-^
                                                     Cinta ALLAH kepada manusia....
Mengapa kita perlu cintakan Allah?? Jawapan mudahnya adalah kerana Allah yang Paling mencintai kita.
Allah mencintai kita lebih daripada sesiapa sahaja yang Telah,Seadang atau Akan mencintai kita.Sesiapa sahaja yang mencintai kita itu Hakikatnya Allah yang menjadikannya dan Allah juga yang menitipkan rasa cinta itu ke dalam dirinya untuk mencintai kita.Tegasnya,segala rasa cinta yang diluahkan oleh manusia untuk mencintai manusia lain adalah berSumberkan CINTA kepada ALLAH......
   Setiap manusia sangat menyenangi keSempurnaan( Al-Kamal) dan keIndahan(Al-Jamal).Justeru,siapakah lagi yang Maha Sempurna dan Maha Indah selain Allah?? Tiada siapa lagi.Oleh itu hanya Allah yang Layak untuk menjadi tujuan KeCintaan...^-^ Sebab itu orang yang Mukmin sangat mendalam rasa cintanya kepada Allah yang bermaksud  "Orang yang beriman itu sangat kuat KeCintaannya kepada Allah."
(Surah Al-Baqarah 2:165)
                                                CINTA MEMBAWA KE SYURGA.........^-^
  Seorang Arab Badwi bertemu Rasulullah s.a.w. dan bertanya, Bilakah akan berlakunya kiamat ya " Rasulullah?" Rasulullah s.a.w tidak menjawab,sebaliknya menyoalnya semula,"Apakah yang telah engkau sediakan untuk menghadapinya??
  Orang Badwi itu menjawab, "Aku tidak menyediakannya dengan banyak mendirikan solat dan berpuasa Tetapi aku menyediakannya dengan hati yang sangat Mencintaimu."
  Mendengar jawapan orang Badwi itu,Rasulullah s.a.w terus bersabda  yang bermaksud : "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di Akhirat kelak." (Muttafaq 'alaih)  
 Itulah peri agung dan pentingnya cinta.Insya-Allah,orang Badwi yang mencintai Rasulullah s.a.w itu akan bersama Rasulullah s.a.w di Syurga...^-^Kita akan sentiasa bersama dengan orang yang kita cintai semasa  didunia Di Akhirat nanti.Itu kepastian yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.
Sesungguhnya,mencintai Rasulullah ertinya mencintai Allah.Firman-nya yang bermaksud :
"Sesiapa yang mencintai Allah,maka ikutlah aku."( Surah Ali'Imran 3:31)

No comments:

Post a Comment